Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
329) KOS SARA HIDUP
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan dan penyelesaian Kerajaan Negeri kepada kenaikan harga barangan asas dan kos sara hidup yang membebankan rakyat di Negeri Selangor?
Secara prinsipnya, Kerajaan Negeri tidak mempunyai bidang kuasa secara langsung berhubung kawalan harga barang, kos sara hidup dan penguatkuasaan, memandangkan ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Walaubagaimanapun, atas semangat keprihatinan dan menginsafi denyut nadi kesukaran hidup rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi, Kerajaan Negeri melaksanakan intervensi melalui pelaksanaan beberapa inisiatif dan program untuk mengurangkan beban yang dihadapi oleh rakyat. Salah satu program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri adalah Program Jelajah Ehsan Rahmah yang membantu meringankan kos sara hidup rakyat dengan mendapatkan barangan asas pada harga hingga 30 peratus lebih rendah dari pasaran.
Selain itu, walaupun Kerajaan Negeri tidak mempunyai bidang kuasa terhadap penguatkuasaan bagi pemantuan harga dan bekalan barangan asas, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi sentiasa melaksanakan kerjasama erat dengan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Selangor di dalam memastikan pematuhan oleh para peniaga di negeri ini.
Misalnya, YB Pengerusi Tetap Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi telah menyertai beberapa siri turun padang dan “walkabout” bersama-sama Pengarah dan para penguat kuasa KPDN Negeri Selangor, termasuklah ketika tempoh penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).
-
Bagaimanakah cara Kerajaan Negeri Selangor untuk mengawal harga barangan asas yang tidak terkawal ini?