Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
327) TAPAK WARISAN UNESCO
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apa perkembangan terkini berkenaan pencalonan tapak Warisan Dunia UNESCO bagi FRIM?
Tapak FRIM Forest Park Selangor (FRIM FPS) telah dicalonkan kepada pihak Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia bagi sesi penilaian 2024/2025. Dua dokumen utama pencalonan telah dikemukakan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) kepada pihak Sekretariat UNESCO di Paris melalui Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO Paris pada 29 Januari 2024.
Usaha pencalonan tapak FRIM FPS telah bermula sejak 2017 yang mana dokumen Tentative List telah dihantar kepada pihak UNESCO pada 31 Januari 2017. Keputusan bagi pencalonan tapak FRIM FPS ini dijangka bakal diketahui pada Jun atau Julai 2025, dengan proses penilaian sekitar 18 bulan bermula dari tarikh penghantaran dokumen pencalonan.
-
Apakah usaha kerajaan dalam membantu pencalonan tapak Warisan Dunia UNESCO?
Pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui FRIM komited ke arah menggembleng usaha bagi pencalonan tapak Warisan Dunia UNESCO menerusi inisiatif-inisiatif seperti berikut:
i. Penubuhan Organisasi FRIM FPS-WHO
Penubuhan organisasi baru FRIM FPS-WHO (World Heritage Office) selaras dengan keperluan sebagaimana tertera di Bab-5 Dokumen Nomination Dossier 2024;ii. Jawatankuasa Pengurusan FRIM FPS
Penubuhan jawatankuasa di peringkat pemandu (FRIM FPS Heritage Steering Committee) dan di peringkat penyelarasan (FRIM FPS Heritage Coordinating Committee) bagi mengurus dan memantau keperluan seperti yang tertera di Bab-5 Dokumen Nomination Dossier 2024;iii. Kumpulan Pelaksana FRIM FPS
Kumpulan pelaksana bagi menggerakkan usaha pemuliharaan, pelindungan dan pembangunan masa hadapan tapak FRIM FPS perlu dibantu dengan sokongan teknikal dan peruntukan yang mencukupi secara berkala serta berterusan iaitu:Kumpulan Pemuliharaan dan Pelindungan (Protection & Conservation)
Terdiri dari kumpulan kepakaran teknikal FRIM atau subject matter expert FRIM berdasarkan keperluan seperti yang tertera di Bab-6 Dokumen Nomination Dossier 2024Kumpulan Pembangunan Masa Hadapan (Future Development).
Terdiri dari kumpulan pengurusan bagi menggerakkan strategi, polisi dan pelan tindakan terutama bagi aspek restorasi bangunan bersejarah, pembangunan komponen ekopelancongan dan pengoperasian park management bagi tapak FRIM FPS berdasarkan keperluan seperti yang tertera di Bab-4 dan Bab-5 Dokumen Conservation Management Plan 2024;iv. Komunikasi & Publisiti
Melibatkan bantuan teknikal dan peruntukan bagi proses kerja hebahan dan komunikasi di peringkat antarabangsa seperti pameran, mesyuarat, penganjuran side-event dan sebagainya.Manakala program promosi dan publisiti perlu digerakkan di peringkat:
a.Pemegang Taruh;
b.Negeri Selangor;
c.Persekutuan;
d.Kebangsaan seperti SKUM (Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia); dan
e.Sesi Antarabangsa seperti World Heritage Centre (WHC), World Heritage Committee (WHC) dan UNESCO WHS Executive Board Meeting.v. Keperluan Seed Money & Kewangan
Perancangan kewangan dan pengoperasian FRIM FPS World Heritage Office memerlukan penyediaan dana awal atau seed money bagi keperluan seperti tertera di Bab-5 Dokumen Nomination Dossier 2024 dan Bab-8 di Dokumen Conservation Management Plan 2024.