Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

318) PROJEK PKNS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. PKNS telah bercadang untuk membangunkan PKNS SQ di Shah Alam.

    a) Berapakah kos dan cara pembiayaan yang akan dibuat PKNS untuk melaksanakan projek ini?

    Kos bagi Pembangunan PKNS Square di Shah Alam adalah berjumlah RM2.3 Bilion. Pembangunan ini dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat selama lebih kurang tujuh (7) tahun dan model aliran tunai pembangunan akan dijana melalui penjualan dan penyewaan unit-unit kediaman dan lot kedai.

  2. Berapakah kos yang dibayar PKNS bagi membeli Menara MRCB, Menara Perangsang dan Shah Alam Sentral?

    Plaza Perangsang dan juga Plaza Alam Sentral adalah merupakan dua (2) buah bangunan mercu yang telah sekian lama menjadi identiti pusat bandar Shah Alam (Seksyen 14). Sejajar dengan perkembangan semasa pembangunan Pusat Bandar Shah Alam, PKNS telah merangka perancangan pembangunan bersepadu jangka panjang yang bukan sahaja akan memberi imej baru kepada pusat bandar Shah Alam bahkan sebagai satu ‘statement’ kewujudan PKNS sebagai peneraju pembangunan bandar Shah Alam sejak tahun 70-an.

    Pemilikan Plaza Alam Sentral oleh PKNS adalah merupakan hasil penjualan semula ‘Development Right’ Menara 2 PJ Sentral kepada MRCB mengikut Perjanjian yang mana PKNS telah mendapat semula nilai pelaburan berjumlah RM270.0 juta.

    Walau bagaimanapun, transaksi ini tidak termasuk Menara MRCB kerana pihak MRCB telah menjual bangunan tersebut kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) pada tahun 2006.

    Bangunan Plaza Perangsang dibeli oleh PKNS pada harga RM46.0 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.