Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

316) KEBERSIHAN DI KAWASAN KAMPUNG BARU DAN KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan menyediakan tong sampah kepada kawasan kampung baru dan kampung tradisi?

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ada menyediakan tong sampah berpusat jenis Leach Bin (LB) dan Mobile Garbage Bin (MGB120L) di kawasan Kampung Tradisi dan Kampung Baru dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,178 unit. Walau bagaimanapun, Kampung Baru dan Kampung Tradisi yang tidak disediakan tong sampah seperti contoh di MBPJ, MBSJ, MBDK, MPKj, MPAJ dan MPHS adalah diwajibkan untuk menyediakan tong sampah sendiri di premis masing-masing kerana kutipan sampah dibuat secara dari pintu ke pintu. Jumlah tong sampah yang disediakan mengikut PBT adalah seperti berikut:

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan penghasilan sampah oleh penduduk kampung?

    Kerajaan Negeri melalui PBT merancang untuk mengurangkan jumlah sampah termasuk di kawasan kampung melalui pelaksanaan perkara-perkara seperti berikut:

    1. Menyalurkan peruntukan kepada PBT dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) bagi penyediaan kemudahan pusat kitar semula dengan kerjasama persatuan penduduk perumahan atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang terpilih;

    2. Melaksanakan inisiatif pengasingan sisa di punca melalui program kolaborasi bersama antara MBSA, pihak Nestle dan KPT Recycle serta kerjasama daripada pihak JPKK, MPKK serta Majlis Perwakilan Penduduk yang berkaitan;

    3. Bagi kampung yang termasuk di dalam kawasan bandar seperti di MBPJ, PBT perlu melaksanakan pemantauan oleh anggota penguatkuasa di kawasan yang sering menjadi tempat pembuangan sampah haram dan tindakan penguatkuasaan turut dijalankan. Selain itu, PBT boleh mengenakan kompaun sebanyak RM 1,000.00 bagi kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah-Sarap (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007;

    4. Bagi menarik lebih penyertaan pengasingan sisa di rumah, PBT boleh menawarkan ganjaran yang menarik contohnya MBPJ yang menawarkan insentif Skim Rebat Cukai Taksiran Kepada Pemilik Rumah Mesra Alam Petaling Jaya bagi pemilik rumah tersebut;

    5. PBT mengambil inisiatif dengan menjalankan program kitar semula di peringkat komuniti (program kitar semula dan minyak masak terpakai) dan pengkomposan sisa makanan. Seperti contoh, MBDK telah menetapkan tujuh (7) sasaran utama iaitu:

    i.Sasaran 1 : Warga Kerja MBDK;
    ii.Sasaran 2 : Restoran, Gerai dan Pasar raya;
    iii.Sasaran 3 : Komuniti;
    iv.Sasaran 4 : Insitusi keagamaan;
    v.Sasaran 5 : Agensi Kerajaan / Swasta;
    vi.Sasaran 6 : Institusi Pendidikan;
    vii.Sasaran 7 : Industri;

    6. PBT menggiatkan program pengasingan sisa dengan kerjasama PDT seperti program pendidikan, penyaluran maklumat dan membuat hebahan berkaitan pembuangan sampah dengan betul; dan

    7. PBT mengadakan kempen pembelian barangan kitar semula contohnya yang dibuat oleh MPKL iaitu program “trash to cash” seperti pembelian minyak masak terpakai, barangan terpakai dan meletakkan sebanyak 21 unit tong pengumpulan pakaian terpakai

Lampiran

Tiada Lampiran.