Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

311) ISU KESESAKAN DI JALAN WELMAN RAWANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana kerajaan akan menyelesai isu kesesakan Jalan Welman disebabkan double parking?

    Untuk makluman Yang Berhormat, jajaran Jalan Welman, Rawang adalah rezab dan seliaan pihak JKR di bawah kategori Jalan Persekutuan FT01 Jalan Kuala Lumpur – Ipoh. Untuk tindakan semasa, pihak JKR boleh memohon bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi bantuan penguatkuasaan ‘double parking’ yang berlaku di lokasi aduan.

  2. Apakah rancangan jangka panjang bagi menyelesai masalah ini?

    Untuk penyelesaian jangka masa Panjang, pihak JKR boleh melaksanakan kesan penilaian trafik di kawasan tersebut bagi tindakan lanjut. Sehubungan dengan itu, surat kepada JKR Selangor telah dikeluarkan pada 22 Februari 2024 untuk pengesyoran bagi pelaksanaan kajian trafik di kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.