Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

308) BANTUAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kuil Hindu yang berdaftar di Negeri Selangor sehingga 2023?

    Merujuk kepada data yang diperolehi daripada PBT, sebanyak 340 buah kuil telah didaftarkan di seluruh Negeri Selangor sehingga Disember 2023.

  2. Bagaimanakah polisi Kerajaan Negeri terhadap rumah ibadat yang tidak berdaftar tetapi telah beroperasi lebih 10 tahun di tapak?

    Merujuk kepada Garis Panduan Tatacara Penguatkuasaan Ke Atas Rumah Ibadat Selain Islam Dan Tempat Penyembahan Dibina Tanpa Kebenaran Di Negeri Selangor (Pindaan 2023), Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) yang beroperasi tanpa kebenaran dalam apa jua tempoh perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas LIMAS bagi mendapatkan kaedah penyelesaian yang sewajarnya.

    Antara penyelesaian yang boleh dipertimbangkan bagi isu ini adalah:

    i. Pemindahan RISI ke tapak khusus bagi kegunaan RISI yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri;
    ii. Pewartaan tapak kepada Persatuan yang menguruskan RISI tersebut sekiranya tapak itu merupakan tanah yang dirizabkan bagi kegunaan RISI; dan
    iii. Tindakan perobohan sekiranya RISI baharu dibina tanpa kebenaran di atas tapak yang tidak sah.

Lampiran

Tiada Lampiran.