Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

300) PENAMBAHBAIKAN SALIRAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan penambah baikan saliran di Jalan Bukit Meru, Kota Kemuning oleh JKR?

    Laluan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan FT190. Pihak Kementerian Kerja Raya telah melantik konsesi penyenggaraan jalan persekutuan di Negeri Selangor iaitu konsesi Roadcare (M) Sdn. Bhd.

    Penyenggaraan rutin di bawah seliaan Roadcare yang melibatkan pembersihan perparitan dilaksanakan dengan kekerapan 2 kali setahun bagi jalan utama. Pemantauan melalui JKR Daerah dilaksanakan dari semasa ke semasa.

    Bagi tindakan jangka panjang, JKR perlu mengkaji keperluan untuk menaiktaraf sistem saliran di laluan tersebut.

  2. Bilakah tindakan tersebut akan diambil?

    Penyenggaraan longkang secara rutin (2 kali setahun) akan dilaksanakan oleh pihak konsesi Roadcare pada bulan April dan Oktober tahun 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.