Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

299) TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SUNGAI SABAI KALUMPANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf Inert Landfill di Sg. Sabai Kalumpang kepada Sanitary Landfill?

    Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sungai Sabai telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk dinaiktaraf oleh pihak Worldwide Holding Berhad sebagai Sanitary Landfill. Status semasa bagi penaiktarafan Tapak Pelulusan Sisa Pepejal tersebut ialah pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dimana pihak JAS telah meluluskan permohanan dan cadangan bagi Environment Impact Assessment (EIA) tapak Sungai Sabai untuk dijadikan Sanitary Landfill.

  2. Berapakah unjuran jumlah penjimatan PBT apabila sampah sisa domestik ini mula dilupuskan di tapak pelupusan sampah Sg. Sabai Kalumpang berbanding di Bukit Tagar?

    Pihak MPHS menunjurkan penjimatan apabila Tapak Pelulusan Sisa Pepejal Sungai Sabai beroperasi Sebagai Sanitary Landfill. Untuk makluman, pihak MPHS melupuskan sisa pepejal bagi tahun 2024 ke Tapak Pelupusan Sampah Bukit Tagar adalah dengan kandar RM 41.50/Tan. Anggaran jumlah sampah setahun yang dilupuskan ke tapak pelupusan bagi Daerah Hulu Selangor adalah sebanyak 65 ribu tan setahun. Oleh itu, kos anggaran bagi melupuskan sampah ke Bukit Tagar adalah sebanyak RM 2,697,500.00 bagi tahun 2024. Manakala berdasarkan perjanjian awal bersama pihak Worldwide Holding Berhad, kadar Pelulusan sisa pepejal ke Tapak Pelupusan Sampah Sungai Sabai adalah bersamaan RM 36.00/Tan. Oleh itu, anggaran kos bagi pelupusan sampah ke Sungai Sabai adalah sebanyak RM 2,340,000.00 bagi Los Pelulusan setahun. Justeru itu, unjuran penjimatan jika sampah dilupuskan ke Sungai Sabai adalah sebanyak RM 337,500.00 setahun tidak termasuk kos pengangkutan, tol, diesel dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.