Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

298) PEMBATALAN AUTOMATIK CUKAI TAKSIRAN KEPADA KAWASAN KAMPUNG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kerajaan akan menilai kelayakan penduduk kampung yang layak untuk mendapat pengecualian cukai taksiran secara automatik?

    Kerajaan Negeri telah menetapkan syarat kelayakan untuk mendapat pengecualian cukai taksiran kediaman kampung seperti berikut:

    i) Pemilik pegangan yang mempunyai keluasan kurang dari 2,000 kaki persegi sahaja;
    ii) Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di negeri Selangor;
    iii) Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM5,000.00 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini adalah termasuk pendapatan pasangan yang bukan merupakan warganegara);
    iv) Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau satu rumah sahaja; dan
    v) Hanya pemilik harta yang berdaftar sahaja boleh memohon.

  2. Adakah penduduk kampung yang terjejas perlu membuat permohonan pengecualian cukai taksiran automatik pada setiap tahun?

    Buat masa ini, pihak Kerajaan Negeri masih belum menetapkan pemberian secara automatik bagi tahun 2025. Namun, perkara ini akan diperhalusi berdasarkan kepada hasil pelaksanaan pada tahun ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.