Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

294) PEMBANGUNAN KUARTERS PEKERJA SETEMPAT (CENTRALIZED LABOUR QUARTERS)

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri ada merancang dalam pembinaan pembangunan Kuarters Pekerja Setempat (Centralized Labour Quarters) yang selari dengan pembangunan industri yang pesat?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan dan sedang merancang beberapa projek pembangunan Kuarters Pekerja Setempat (Centralized Labour Quarters [CLQ]) di beberapa kawasan industri utama di Negeri Selangor. Projek-projek utama CLQ yang baru bermula adalah seperti berikut:

    (i) Pembangunan Penginapan Pekerja Berpusat Separa Kekal (Transitory Labour Quarters [TLQ]) di atas lot tanah lapang awam di Jalan TPP 5/2, Taman Perindustrian Puchong (Lot 518) seluas 3.46 ekar yang mampu menempatkan seramai 1,920 orang pekerja; dan
    (ii) Pembangunan Penginapan Pekerja Berpusat Separa Kekal (TLQ) di Jalan Industri PBP 4, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, Puchong (Lot 58371) seluas 3.45 ekar yang mampu menempatkan seramai 1,280 pekerja.

    Projek-projek utama CLQ yang lain ialah CLQ Gamuda Gardens, CLQ PKNS Kota Puteri, CLQ Pusat Perdagangan Elmina dan CLQ Zon Perindustrian Bebas (Free Industrial Zone [FIZ]) Sg. Way, SS 8, Petaling Jaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.