Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

282) MASALAH KUTIPAN HASIL PBT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bantuan Kerajaan Negeri kepada PBT yang mengalami masalah kutipan hasil tidak menepati sasaran dalam dua tahun ini?

    Kerajaan Negeri memberi bantuan kepada PBT antaranya melalui penyaluran peruntukan pembangunan untuk pelaksanaan projek dan program di kawasan PBT. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah menyalurkan Inisiatif Kehilangan Hasil kepada PBT dengan menyalurkan peruntukan MARRIS bertujuan untuk menggantikan jumlah kehilangan hasil PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.