Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

280) PERUNTUKAN AHLI DEWAN NEGERI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Rakyat telah memilih wakil mereka untuk mempertahankan hak dan kebajikan rakyat. Adakah YB ADN pembangkang diberikan peruntukan untuk tahun 2024?

    Ahli Dewan Negeri pembangkang di Negeri Selangor akan diberi peruntukan kewangan untuk berperanan menjaga kebajikan rakyat.

  2. Berapakah jumlah peruntukan mesra rakyat yang akan diberikan kepada YB ADN pembangkang pada tahun 2024?

    Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu.

Lampiran

Tiada Lampiran.