Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
274) ILMU SEKSUAL DI SEKOLAH-SEKOLAH JAIS BAGI MENGAWAL ZINA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah subjek pelajaran yang sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah JAIS sebagai ilmu seksual bagi tujuan mengawal remaja Islam lelaki dan perempuan daripada terjebak kepada zina?
Tiada, Sehingga kini bagi pelaksanaan pada peringkat sekolah rendah, Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) JAIS adalah mengutamakan Asas Fardhu Ain, Penulisan JAWI, Tilawah Al-Quran dan Bahasa Arab untuk diamalkan sepanjang hayat.
Bagi murid Tahun Enam, selepas pelajar menduduki PSRA satu Modul Jati Diri ”Transisi Awal Remaja” dilaksanakan yang mengandungi perkara-perkara asas berkaitan awal remaja. -
Apakah JAIS menilai keberkesanan subjek berkenaan, dan bagaimana penilaian itu dibuat?
Keberkesanan pembelajaran dinilai melalui proses Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan pengukuhannya melalui pelaksanaan program Usrah atau Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di MITS/SAM/SAMT.