Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
264) LAMPU LED DI JALAN SELIAAN JKR DAN PBT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Lampu LED dapat memberi penjimatan yang banyak disamping pencahayaan lebih baik berbanding lampu HPSV. Nyatakan jumlah lampu dalam kawasan DUN Dusun Tua yang telah dipasang dengan lampu LED.
JKR
Pemasangan baru dan kerja senggaraan lampu jalan tidak direkodkan berdasarkan lokasi DUN.
Bermula tahun 2020, sebarang pemasangan baru lampu jalan yang dilaksanakan oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) di seluruh Negeri Selangor telah menggunapakai lampu jalan jenis LED yang lebih cekap tenaga dan mesra alam (teknologi hijau).
MPKJ
276 Unit lampu LED
-
Nyatakan kawasan yang telah ditukar pasang dan yang akan ditukar pasang.
JKR
Tiada arahan/ program penukaran lampu konvensional (HPSV) ke lampu LED untuk jalan negeri.
Polisi senggaraan lampu jalan (sama ada jalan negeri/ persekutuan) adalah berdasarkan pembaikan yang paling optimum (cost-effective) dan paling menguntungkan Kerajaan.
Sekiranya lampu sedia ada jenis HPSV sudah tidak boleh disenggara, penukaran kepada lampu jenis LED akan dilaksanakan.
MPKJ
1. 24 unit – Persiaran Taman Cheras Awana
2. 78 unit – Persiaran Taman Alam Jaya
3. 24 unit – Persiaran Taman Segar
4. 24 unit – Kawasan kedai Lagenda Suria
5. 39 unit – Persiaran Sri Raya
6. 26 unit – Jalan Kijang, Taman SUNTEX
7. 25 unit – Jalan Kemacahaya , Venice Hill
8. 25 unit – Jalan Emas, Taman Emas
9. 11 unit – Jalan Perkasa, Taman Perkasa