Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

262) BANJIR DI JALAN 8/1, PETALING JAYA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah punca kerap berlaku banjir di Jalan 8/1 yang bersimpang dengan Jalan Templer dan SJKT Vivekananda?

    Punca kekerapan berlaku banjir di Jalan Sg. Jernih 8/1 – Jalan Templer berhampiran Sekolah Vivikananda adalah disebabkan oleh taburan hujan yang tinggi menyebabkan air sungai meningkat dan melimpah ke longkang Majlis.

  2. Apakah penyelesaian dan bajet yang akan dilaksanakan pada tahun 2024?

    Pihak Majlis telah mengkaji bagi menyelesaikan dan mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut. Di antara cadangan pelaksanaan adalah melalui kaedah kolam takungan air sementara (pembinaan OSD) di bahagian hulu upstream.

Lampiran

Tiada Lampiran.