Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

243) WARGA ASING

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi isu kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan pekerja warga asing yang dibawa masuk dari pelbagai negara seperti Indonesia, Pakistan, Myanmar, Rohingya, Bangladesh dan lain-lain di DUN Semenyih?

    Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian serius berhubung isu lambakan warga asing terutamanya Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di seluruh Negeri Selangor termasuklan DUN Semenyih. Mengikut data, sepanjang tahun 2023 JIM Selangor telah Berjaya melaksanakan sebanyak 16 siri Operasi Pemeriksaan Imigresen daripada 31 aduan yang diterima di kawasan DUN Semenyih. Sejumlah 45 Orang Kena Tangkap (OKT) dengan pecahan warganegara seperti berikut:

     

Lampiran

Tiada Lampiran.