Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
241) SUKA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Seperti penyelia PWB dan PeBS, tanggungjawab ketua SUKA bagi setiap DUN menjadi semakin berat untuk membantu kerajaan menjalankan program saringan kesihatan dan bantuan-bantuan kesihatan yang lain. Adakah kerajaan berancang untuk menjadikan jawatan ini sebagai jawatan sambilan seperti PWB dan PeBS?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor tidak berhasrat menjadikan SUKA sebagai jawatan sambilan dan mempunyai insentif kewangan bulanan seperti PWB dan PeBS selaras dengan objektif penubuhan SUKA iaitu sebagai badan sukarela dalam membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam program kesihatan. Walau bagaimanapun, ahli SUKA layak diberikan elaun-elaun berkaitan seperti makan minum, pengangkutan dan kehadiran program dalam memastikan kebajkan anggota SUKA sentiasa terjaga. Selain itu juga, Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan pelbagai jenis latihan dan program bagi pembangunan keupayaan modal insan kepada ahli SUKA.