Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

236) STATUS CCC MASJID BUKIT KAPAR 2, KAMPUNG BUKIT KAPAR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah benar Masjid Bukit Kapar 2 belum mempunyai CCC?

    Ya. Kelewatan CCC diperolehi adalah disebabkan isu keselamatan yang melibatkan jalan keluar masuk dan dikhuatiri tidak selamat bagi pengguna kerana tiada jalan susur masuk dan keluar setelah jalan utama dinaik taraf daripada satu (1) kepada dua (2) lorong tidak mengikut spesifikasi keselamatan jalanraya.

  2. Apakah usaha kerajaan di dalam membantu dengan kadar segera untuk masjid ini mendapatkan CCC tersebut bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini?

    Pembinaan masjid ini bukan projek infra agama dibawah kawalan JAIS atau MAIS yang dikawal pelaksanaannya oleh pihak Jabatan Kerja Raya( JKR). Sebaliknya projek ini merupakan sumbangan syarikat korporat yang dikawal pelaksanaannya oleh Pasukan Perunding Arkitek yang telah dilantik pewakaf.
    Untuk itu, bagi membantu menyelesaikan perkara ini, satu Mesyuarat Penyelarasan Penyelesaian Isu-Isu Teknikal Pembinaan Masjid Bukit Kapar 2 yang melibatkan agensi-agaensi teknikal seperti JKR, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), MAIS dan JAIS , pihak perunding dan pewakaf perlu diadakan segera bagi mencari kaedah penyelesaian isu-isu yang timbul sehingga menjejaskan kelewatan CCC bangunan masjid berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.