Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

218) BINAAN HARAM DI ATAS LONGKANG DAN PARIT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah halangan kepada PBT untuk bertindak tegas dalam menangani masalah binaan haram di atas rizab parit dan jalan?

    Isu yang selalu dibangkitkan apabila tindakan tegas ingin dilaksanakan ke atas binaan haram di atas rizab parit dan jalan adalah peruntukan untuk melaksanakan perobohan dan isu kemanusiaan sekiranya ia melibatkan rumah penduduk. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri akan lebih komited bagi memastikan semua jabatan dan agensi yang terlibat iaitu Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan mengikut Kanun Tanah Negara dan Akta yang berkaitan.

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengawal pembinaan haram di atas longkang, parit atau tanah kerajaan?

    Jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat iaitu PDT, JKR, JPS dan PBT perlu membuat pemantauan yang lebih kerap dan mengambil tindakan segera sekiranya didapati mana-mana pihak telah mula mendirikan struktur di atas rizab.

Lampiran

Tiada Lampiran.