Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

214) SKIM INSURANS AM SELANGOR (INSAN)

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah bayaran tuntutan Skim Insurans Am Selangor (INSAN) yang telah
    diselesaikan oleh Kerajaan Negeri?

    Setakat 31 Januari 2024, bilangan kes tuntutan yang telah diterima oleh pihak penyedia perkhidmatan /syarikat insurans adalah sebanyak seratus enam puluh enam (166 kes). Sebanyak 91 kes telah diluluskan tuntutannya dan pembayaran berjumlah RM910,000.00 telah dibuat oleh penyedia perkhidmatan kepada yang menuntut.

  2. Apakah status semasa Skim Insurans Am Selangor (INSAN)? Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan program ini?

    Program INSAN Konvensional telah ditutup untuk pendaftaran pada 30 September 2023, manakala Program INSAN Takaful masih lagi dibuka untuk pendaftaran kepada orang awam sehingga Ogos 2024.

    Memandangkan Program INSAN Takaful masih lagi dibuka untuk pendaftaran, tiada lagi perancangan setakat ini untuk melaksanakan Program INSAN Konvensional bagi tahun 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.