Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
211) PENIAGA DALAM KALANGAN WARGA ASING
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam mengekang warga asing daripada terlibat dalam sektor penjaja kecil di Alam Jaya, Bandar Puncak Alam terutama dari sisi undang-undang dan penguatkuasaan dalam memastikan peniaga dalam kalangan warga tempatan tidak terus terpinggir?
Majlis Perbandaran Kuala Selangor tidak mengeluarkan sebarang lesen penjaja kepada warga asing. Warga negara yang diberikan lesen penjaja diberikan syarat ketat supaya tidak menggajikan warga asing sebagai pembantu.
Sekiranya didapati ada warga negara asing yang bertindak sebagai pembantu semasa pemantauan dilakukan, lesen penjaja yang berkenaan akan ditarik dan digantung serta-merta.
Mengambil tindakan tegas dengan membuat sitaan terhadap aktiviti perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing yang didapati melanggar undang-undang PBT.
Statistik / jumlah sitaan dan penutupan di kawasan Puncak Alam dan Alam Jaya adalah seperti berikut:
BIL Tahun 2023 Tahun 2024 1 7 1