Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

205) BANTUAN KEWANGAN TUNAI BENCANA ALAM/BANJIR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kelulusan peruntukan dan penerima bantuan bencana alam di Negeri Selangor pada tahun 2023?

    Untuk makluman Yang Berhomat, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM850,000.00 yang disalurkan kepada Kumpulan Wang Amanah Tabung Bencana Khas Negeri Selangor bagi pembayaran Bantuan Wang Ihsan serta kos operasi bencana. Selain tu juga, Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM500,000.00 bagi program kesedaran komuniti terhadap risiko bencana, perolehan makanan retort kepada mangsa bencana serta latih amal dan simulasi agensi respon menghadapi bencana.

    Kerajaan Negeri Selangor memberikan Bantuan Wang Ihsan berdasarkan kadar yang telah dinyatakan di dalam ketetapan Surat Ikatan Kumpulan Wang Tabung Bencana Khas Negeri Selangor seperti berikut :

    Sehingga 31 Januari 2024, seramai 51 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima bantuan bencana di Negeri Selangor melibatkan peruntukan berjumlah RM47,000.00.

  2. Berapakah jumlah bantuan dan penerima bantuan di kawasan N38 Paya Jaras?

    Jumlah bantuan dan penerima bantuan di kawasan N.38 Paya Jaras adalah seperti berikut:-

    Jumlah Bantuan Bencana = RM 151,000.00

    Jumlah Penerima Bantuan = 593 Ketua Isi Rumah (KIR)

Lampiran

Tiada Lampiran.