Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
202) JUALAN EHSAN RAHMAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik jumlah penganjuran Jualan Ehsan Rahmah yang terkini.
Statistik jumlah penganjuran Jualan Ehsan Rahmah (JER) terkini adalah seperti berikut:
-
Sejauh manakah program Jualan Ehsan Rahmah dapat memanfaatkan rakyat?
Sepanjang tahun 2023, dianggarkan lebih 7 juta rakyat Selangor menerima manfaat daripada Program Jualan Ehsan Rahmah yang menjelajah ke semua DUN di Negeri Selangor.
Selain itu, JER turut diadakan jualan di outlet-outlet Segi Fresh melibatkan barangan yang sama.
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi menanggung pemberian subsidi bagi barangan yang dijual dalam JER.
Berikut perincian peruntukan (subsidi) yang telah disalurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sepanjang tahun 2023: