Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

200) PENDIDIKAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kepadatan penduduk yang amat tinggi seperti di Cyberjaya, Kota Warisan dan Putra Perdana memerlukan sekolah agama yang sempurna. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membina sebuah sekolah rendah agama yang diperlukan di setiap kawasan - kawasan berikut?

    Langkah Kerajaan Negeri untuk membina sebuah sekolah rendah agama yang diperlukan di setiap kawasan – kawasan berikut.

    1. Kota Warisan:
    Telah dimasukan dalam Rancangan Selangor Ke 2 (RS2)/ Rancangan Malaysia Ke 12 yang menelan belanja sebanyak 12 juta pada tahun 2024 ini.

    2. Putra Perdana:
    Telah siap dibina dan telah beroperasi pada 2011. Anggaran murid sekarang 1,600 orang dengan kelas sebanyak 40 buah kelas sepenuhnya.

    3. Cyberjaya:
    Cadangan untuk dimasukkan dalam Rancangan Selangor Ke 2 (RS2)/ Rancangan Malaysia Ke 13 (RMK 13) di kawasan di Cyber 10.

Lampiran

Tiada Lampiran.