Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

199) KOLABORASI ANTARA STANCO KESIHATAN AWAM DENGAN PIHAK SWASTA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Stanco kesihatan awam telah merangka sebarang strategi atau pelan tindakan untuk menjalin kolaborasi dengan pihak swasta, dan sekiranya ada, apa matlamat utama yang diharapkan untuk dicapai melalui kolaborasi ini?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor sedang merangka pelan strategi dalam meningkatkan tahap kerjasama bersama pihak swasta dalam bidang kesihatan awam. Ini kerana Kerajaan Negeri percaya bahawa jalinan kerjasama ini berupaya meningkatkan tahap capaian bantuan yang ingin disampaikan kepada komuniti setempat serta membantu Kerajaan Negeri Selangor memberi fokus kepada program yang berimpak tinggi kepada rakyat.

    Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam sedang merancang satu platform khusus sedang dalam perancangan yang akan menyelaras dan memantau cadangan aktiviti dan program yang akan dilaksanakan melalui jalinan kerjasama ini. Platform ini akan diselaras oleh Majlis Penasihat Kesihatan Awam Negeri Selangor (SELPHAC) dalam memastikan gerak kerja berkaitan bidang kerjasama ini berjalan dengan lancar.

    Matlamat utama yang ingin dicapai melalui kerjasama ini adalah meningkatkan jenis dan akses bantuan kesihatan kepada rakyat Negeri Selangor terutama di kawasan pinggir bandar dan komuniti terpinggir (marginalized communities).

Lampiran

Tiada Lampiran.