Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

198) REBAT CUKAI UNTUK PREMIS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rebat cukai taksiran akan diberikan kepada premis seperti sekolah tahfiz atau rumah kebajikan berdaftar apabila berlaku perubahan nilaian cukai taksiran daripada kediaman kepada perniagaan?

    Selaras dengan seksyen 135 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], pengurangan dan pengecualian cukai taksiran boleh diberikan kepada mana-mana sekolah tahfiz atau rumah kebajikan berdaftar apabila berlaku perubahan nilaian cukai taksiran sekiranya ianya digunakan bagi tujuan rekreasi, sosial atau kebajikan dan bukan untuk mendapatkan keuntungan.

    Pemilik sekolah tahfiz atau rumah kebajikan boleh memohon kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan dan akan dikemukakan kepada Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan oleh Kerajaan Negeri, sekiranya mematuhi syarat-syarat khusus yang ditetapkan oleh pihak PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.