Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

197) ISU PENCEN KAKITANGAN AWAM

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan pusat telah mula mengambil kakitangan awam baru secara kontrak dan tanpa pencen, apakah pendirian Kerajaan Negeri dalam isu ini?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, dasar baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 15 Januari 2024 Bagi Pengambilan Pegawai Baharu Secara Lantikan Kontrak (Contract of Service – COS) hanya dilaksanakan dalam tempoh percubaan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

    Pelaksanaan di peringkat Kerajaan Negeri masih belum terpakai dan tertakluk kepada keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dari masa ke masa.

Lampiran

Tiada Lampiran.