Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

195) GERAN RUMAH PERLINDUNGAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa bilangan rumah perlindungan telah diberi geran, dan berapa jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan?

    Geran Rumah Perlindungan merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor melalui Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2022 bagi tujuan menjalin kerjasama, membantu serta menambah baik rumah perlindungan bagi memberi perlindungan kepada golongan wanita dan kanak-kanak yang terlibat dengan isu keganasan rumah tangga dan keganasan berasaskan gender yang dilaksanakan di bawah kendalian Wanita Berdaya Selangor (WBS).

    Sebanyak 9 pertubuhan yang menerima Geran Rumah Perlindungan di bawah WBS dengan jumlah geran yang berbeza mengikut keperluan pertubuhan dan tujuan geran diberikan kepada setiap pertubuhan. Keseluruhan jumlah peruntukan yang telah dbelanjakan ialah berjumlah RM 182,772.07.

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan rumah perlindungan yang mendapat geran diurus dengan baik?

    Untuk memastikan Rumah Perlindungan yang mendapat geran diurus dengan baik, WBS telah menjalankan beberapa langkah antaranya;

    i.  Setiap Rumah Perlindungan akan menghantar laporan penggunaan geran yang diberikan sebagai bukti penggunaan dana; dan

    ii. Membuat lawatan berkala ke rumah perlindungan yang telah mendapat geran bagi tujuan pemantauan.

Lampiran

Tiada Lampiran.