Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

191) PENYELESAIAN PEMBAKARAN DI TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM YANG MELIBATKAN TANAH PERSENDIRIAN KHASNYA DI TWIN PALM, SG. LONG DAN DI BLACK WATER , BANDAR MAHKOTA CHERAS KAJANG.

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang akan diambil untuk menghapuskan asap yang dihasilkan oleh pembakaran di tapak tersebut?

    Twin Palm

    Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah membelanjakan sebanyak RM429,800.00 bagi memadamkan kebakaran yang berlaku di tapak pada Julai 2018 (kebakaran pertama) dan Julai 2022 (kebakaran kedua). Pada 2 Februari 2024, MPKj telah melaksanakan kerja penutupan menggunakan tanah dengan kos sebanyak RM50,000.00. Beberapa langkah mitigasi jangka panjang yang dirasakan dapat menyelesaikan isu kebakaran di tapak tersebut adalah dengan melaksanakan penutupan selamat secara menyeluruh termasuk penyediaan sistem kawalan gas metana bagi mengelakkan berlakunya proses aerobik di antara gas metana dan oksigen di dalam tanah. Walau bagaimanapun, pelaksanaan sistem mitigasi bergantung kepada keupayaan MPKj kerana kos yang terlibat adalah tinggi.

    Tapak Sampah Haram Black Water

    MPKj telah mengenalpasti pemilik tanah melalui carian bersama pihak PTDHL. Sebagai langkah awal, MPKj telah mengeluarkan notis tuntutan (LOD) kepada pemilik sebanyak RM115,000.00 dan telah mengarahkan pemilik melaksanakan kerja pemadaman / pembersihan dengan kadar segera.

  2. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk tindakan pemuliharaan tapak tersebut yang telah berlaku kebakaran?

    Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan yang khusus bagi tujuan pemulihan tapak yang berkenaan. Kos pemadaman kebakaran dan kerja baik pulih di tapak ketika ini dalah ditanggung oleh MPKj. Walau bagaimanapun, kos tersebut akan dituntut daripada pemilik tanah selaras dengan Seksyen 44(1) dan 340 (1) KTN dimana pemilik tanah mempunyai kuasa eksklusif ke atas tanah yang telah diberi milik. Sehubungan itu, pemilik tanah bertanggungjawab untuk memulihara tanah hakmilik yang digunakan sebagai tapak sampah haram. Tindakan peluctanhak ke atas hakmilik boleh diambil tetapi memerlukan penelitian lanjut kerana status tanah yang telah diberimilik sebelum KTN akan melibatkan bayaran pampasan kepada pemilik-pemilik tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.