Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

183) SUKMA 2024

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana persediaan atlet menghadapi SUKMA 2024?

    Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) 2024 akan berlangsung bermula 17 hingga 24 Ogos 2024 di negeri Sarawak melibatkan 37 jenis sukan. Pada penyertaan kali ini Kontinjen Negeri Selangor dijangka akan menyertai kesemua jenis sukan yang dipertandingkan melibatkan seramai 1138 orang termasuklah atlet, jurulatih, pengurusan kontinjen.

    Sebagai persediaan menghadapi Temasya SUKMA tersebut Majlis Sukan Negeri Selangor telah membuat beberapa perancangan bagi memastikan atlet berada pada tahap terbaik dan optimum. Ianya melibatkan :-

    1. Pelaksanaan Program Khas dan Elit yang mana atlet yang berkelayakan serta memenuhi syarat akan ditawarkan sebagai atlet sepenuh masa dan mendapat kelebihan / keistimewaan.
    2. Penekanan program sains sukan diperkasa dan diperluaskan kepada semua atlet dan jurulatih tentang kepentingan dan keutamaan sains sukan. Ini termasuklah kefahaman tentang mengelak, menangani kecederaan sukan, rawatan rehabilitasi, latihan mental, latihan persiapan fizikal dan pelan prodisasi menerusi perlaksanaan kad penilaian prestasi atlet.
    3. Latihan berpusat dan intensif yang merangkumi peningkatan kemahiran juga akan dilaksanakan bagi meningkatkan prestasi atlet.
    4. Pemeriksaan kesihatan dan kecergasan dijalankan dengan berskala untuk mempersiapkan atlet lebih bersedia menghadapi sebarang impak terbaik serta menilai tahap prestasi semasa atlet.
    5. Pendedahan penyertaan kejohanan dalam dan luar negara  bagi memastikan prestasi atlet berada dilandasan terbaik dalam memenuhi kerangka latihan yang disediakan oleh jurulatih berdasarkan prodisasi yang telah dirancang.
  2. Apakah langkah yang telah diambil untuk memastikan prestasi kontinjen Selangor lebih baik daripada 2022?

    Sebagai langkah dalam memastikan prestasi atlet bagi menghadapi Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Majlis Sukan Negeri Selangor telah merangka plan stategik bagi memastikan program persediaan atlet / pasukan akan dilaksanakan secara optimum. Bermula tahun 2023 Program Pembangunan Sukan dan Persediaan SUKMA Negeri Selangor telah dibahagiakan kepada 3 kategori iaitu:-

    1. Program Khas  / Elit
    2. Pelapis
    3. Bakat ( Program Pembangunan Bakat  )

    Majlis Sukan Negeri Selangor akan menumpukan atlet kategori atlet Program Khas, Elit dan Pelapis bagi membawa cabaran ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada edisi kali ini.

    Dalam memastikan keterjaminan atlet Negeri Selangor sepanjang tempoh persediaan Majlis Sukan Negeri Selangor juga telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan pakej-pakej keperluan serta kebajikan atlet antaranya ialah :-

    1. Gaji bulanan / elaun bulanan
    2. Subsidi tambahan perlatan latihan peribadi
    3. Pendedahan kejohanan dalam dan luar negara
    4. Insuran perubatan
    5. Makanan tambahan
    6. Kepakaran Sains Sukan
    7. Kemudahan peralatan dan tempat latihan

    Selain daripada itu juga, semua atlet yang mewakili Negeri Selangor akan sentiasa disaring dari segi kecergasan dan ujian kemahiran supaya memastikan hanya atlet yang benar-benar layak mewakili Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.