Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

182) JALAN RAYA NEGERI DI KUALA LANGAT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di jalan-jalan negeri tersebut?

    Bagi mengatasi kesesakan lalulintas jalan-jalan negeri dalam daerah Kuala Langat, berikut adalah senarai jalan negeri yang dicadangkan untuk dinaiktaraf di bawah Rancangan Selangor 2:-

    1. Menaiktaraf Jalan B129 dari Persimpangan Jalan Balam sehingga ke Persimpangan FT005/ Jalan Masjid Batu 9, Daerah Kuala Langat, Selangor.
    2. Menaiktaraf Persimpangan Jalan Banting Raba (B58) dan Jalan Sultan Abdul Samad (FT005), Banting, Daerah Kuala Langat, Selangor.
    3. Menaiktaraf Jalan dari Bulatan Pulau Carey sehingga ke Persimpangan Jalan Bandar Lama, Daerah Kuala Langat.
  2. Apakah status penyelenggaraan Jalan Sijangkang Utama?

    Kerja-kerja penyelenggaran Jalan Sijangkang Utama akan dilaksanakan di bawah peruntukan MARRIS sebanyak RM500,000.00. Panjang jalan yang terlibat adalah sepanjang 1.3km dan kerja-kerja dijangka iklan pada bulan April 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.