Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

179) KEBOLEHPASARAN MAHASISWA UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah kebolehpasaran mahasiswa Selangor dari tahun 2020-2023?

    Kebolehpasaran graduan (GE) mengikut definisi yang diberikan oleh KPT merujuk kepada graduan yang mendapat pekerjaan, menjadi usahawan, melanjutkan pengajian dan mengikuti kursus meningkatkan kemahiran pada tahun konvokesyen. Pengukuran dilakukan ketika pelajar sudah menamatkan pengajian dan berakhir pada hari konvokesyen. Data terkini adalah untuk tahun 2022 yang dikeluarkan oleh pihak KPT pada 24 Ogos 2023.

    Jumlah graduan Unisel pada setiap tahun ialah antara 1,700 – 2,500. Kesemua graduan ini perlu menjawab kajian pengesan graduan (SKPG) yang diwajibkan oleh pihak KPT bagi mengukur kadar kebolehpasaran sesebuah IPT. Laporan kebolehpasaran ini akan digunakan bagi mengukur penarafan sesebuah universiti.

    Secara ringkas , kadar kebolehpasaran graduan Unisel 2018 hingga terkini adalah seperti jadual berikut :

    Kadar kebolehpasaran graduan UNISEL pada tahun 2020 tidak mencapai sasaran peratusan nasional disebabkan penularan wabak pendemik COVID-19 yang telah memberi impak dalam proses pembelajaran dan pengajaran di semua universiti di seluruh negara. UNISEL menjalankan pembelajaran dan pengajaran secara hybrid menerusi inisiatif Preventing and Detecting Outbreaks at Ignition Sites (POIS) dengan kerjasama Selangor Task Force Covid-19 (STFO).

    Antara langkah penambahbaikan yang dilakukan oleh UNISEL adalah seperti berikut:

    (i)        Melaksanakan penilaian kebolehpasaran program melalui proses semakan kurikulum dan sokongan ko-kurikulum secara berkala untuk keseluruhan program pengajian yang ditawarkan di UNISEL melibatkan hampir 90 program pengajian di pelbagai peringkat asasi, diploma hingga peringkat kedoktoran.

    (ii)       Penjumudan program sedia ada yang terpilih, setelah dinilai dengan rapi dari pelbagai sudut.

    (iii)      Kerjama dengan pelbagai agensi kerajaan dan rakan industri bagi membuka ruang kepada graduan Unisel.

    Unisel menerusi pelbagai inisiatif membantu pelajar ini telah berjaya meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan setiap tahun dengan peningkatan ketara pada tahun 2021 dan 2022. Kadar kebolehpasaran Unisel terkini tahun 2022 iaitu 95.7% ini telah mengatasi kadar kebolehpasaran nasional iaitu 90.2%.

    Secara keseluruhan peratus 2022 ini meletakkan Unisel di tangga ke-15 dari keseluruhan 306 IPTS yang terlibat.  Berbanding sebahagian besar IPTS di kedudukan atas dalam kedudukan peratus kebolehpasaran graduan, jumlah alumni Unisel 2022 adalah jauh lebih besar iaitu 1,779. Untuk makluman tambahan, hanya 29 IPTS mencapai Kebolehpasaran melebihi 90% bagi tahun terkini 2022.

  2. Apakah inisiatif yang diambil oleh Unisel dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat atau sumbangan kepada masyarakat?

    Unisel sebagai IPT milik kerajaan negeri Selangor sangat aktif dalam menjalankan tanggungjawab korporat menerusi sumbangan kepada masyarakat. Sebahagaian besar aktiviti Unisel ini diurus menerusi CSR Unisel, program-program fakulti dan PUSAT JARINGAN KOMUNITI (COMNET) yang berperanan mendekatkan penglibatan warga universiti dengan komuniti. Ia selaras dengan iltizam Unisel yang berhasrat melahirkan mahasiswa budiman yang siap ke lapangan masyarakat untuk menyelesaikan permasalahan secara inovasi sosial.

    Sehubungan dengan itu 5 fokus yang diberikan keutamaan iaitu :

    (i)         Memperbaiki Komuniti

    (ii)        Penerapan Keilmuan

    (iii)       Memulihara Persekitaran

    (iv)       Keusahawanan Sosial

    (v)        Pembangunan Keupayaan OKU

    Semua program yang dilaksanakan menyasarkan pelbagai kumpulan komuniti termasuk belia, wanita, kanak-kanak, warga emas, pelajar dan OKU.

    Setiap tahun sejumlah 250 program dilaksanakan dengan penglibatan 2,500 pelajar serta libaturus komuniti sekitar 15,000-20,000 orang. Antara fokus program impak tinggi bersiri yang dilaksanakan oleh Unisel adalah :

    (i)         Jelajah Madani Unisel 2023

    (ii)        CSR Sekolah – agihan peralatan kerusi meja

    (iii)       Tuisyen Matematik untuk Komuniti (e-Tome)

    (iv)       Unisel Virtual School (UVS)

    (v)        Unisel Cakna OKU

    (vi)       Laskar Alam

    (vii)      Program Kesihatan Mental dan Keperluan Khas (SKEMA)

    (viii)     Bengkel Usahawan Sosial dan Digital

    (ix)       Pemetaan Komuniti

    (x)        Program Turun Sekolah (Skor Lah)

    (xi)       Pemberdayaan Wanita (SHES)

    (xii)      Selangkah Ke Menara Gading

    (xiii)     Kursus Enumerator Anak Muda

    (xiv)     Kursus Kepimpinan Pelajar Sekolah

    (xv)      Anak Muda Turun Desa (TURDA)

    (xvi)     Program “English For Rural”.

    (xv)      Program ICT untuk Komuniti

    (xvi)     Fiesta Rakyat

    (xvii)    Jelajah Sanktuari Burung Unisel – Fire Camp

    (xviii)   Saringan Kesihatan

    (xix)     Wacana Islam dan Melayu

    (xx)      Program Perpaduan dan Integrasi Selangor

    (xxi)     Pengajian Selangor

    Sebagai tambahan, ketika banjir besar melanda Selangor pada tahun 2021, Unisel menerusi sumbangan kemasyarakatan telah melaksanakan 66 misi pasca banjir di seluruh negeri Selangor. Sejumlah 2,254 pelajar dan 258 staf Unisel terbabit dalam misi bantuan susulan banjir besar berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.