Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
172) PERTANIAN DI BUKIT MELAWATI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah agihan peruntukan yang akan diberikan kepada Bukit Melawati untuk
menjayakan projek klusterisasi tanaman dan produk hiliran?Bagi tahun 2024, agihan peruntukan yang diterima di bawah Dun Bukit Melawati adalah berjumlah RM 98,000 yang melibatkan pembangunan projek tanaman cendawan, nangka dan sayuran.
-
Adakah kerajaan bercadang akan menggunakan teknologi seperti hidroponik, akuaponik dan penanaman vertikal bagi sektor pertanian di DUN Bukit Melawati?
Promosi teknologi dan kursus-kursus pertanian secara hidroponik, akuaponik dan secara vertikal dilaksanakan secara berterusan oleh Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor. Pihak jabatan sentiasa membantu dalam membri khidmat nasihat kepada para petani yang berminat