Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

170) PEMBAIKAN DAN PENAMBAHBAIKAN JALAN RAYA DI BESTARI JAYA – KUALA SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang menaiktaraf Jalan B35 (Bukit Badong-Bestari Jaya) sebagai jalan industri?

    Kerajaan Negeri melalui pihak JKR Selangor tiada sebarang perancangan dan cadangan untuk menaiktaraf Jalan B35 (Bukit Badong-Bestari Jaya) sebagai jalan industri.

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan Jalan B35 ini berada dalam keadaan yang baik dan selamat kerana jalan ini menjadi laluan utama lori yang melebihi ketahanan jalan?

    Antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri melalui pihak JKR Selangor bagi memastikan Jalan B35 berada dalam keadaan baik dan selamat adalah seperti berikut:

    1. Sebahagian jalan telah dimasukkan dalam senarai kerja penyelenggaraan MARRIS bagi tahun 2024 (Sebutharga, Arahan Kerja, Turapan Mega).
    2. JKR Daerah Kuala Selangor juga telah mengeluarkan surat secara berkala pada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ untuk tindakan lebih lanjut yang melibatkan kenderaan lebih muatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.