Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
160) SELANGOR JOB SKILLS COUNCIL
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan status penubuhan Selangor Job Skills Council bagi merealisasikan tawaran 100,000 gaji tinggi kepada anak muda.
Selangor Jobs and Skills Council merupakan ikhtiar pentadbiran ini untuk mengatasi cabaran utama pasaran ekonomi iaitu ketidakpadanan antara jenis pekerjaan yang ditawarkan dan keupayaan dan kelayakan profesional generasi muda di Selangor. Seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan Selangor 2024, Selangor Jobs and Skills Council bertujuan menjadi agensi utama yang akan menggerakkan kerjasama antara universiti, pekerja, dan industri, mengurangkan ketidakpadanan antara jenis pekerjaan yang ditawarkan dan keupayaan pekerja di Selangor ke arah meningkatkan produktiviti pekerja-pekerja di Selangor. Kerajaan Negeri sedang dalam peringkat akhir menetapkan pencapaian, terma rujukan, serta perincian garis masa yang perlu dicapai dan akan diumumkan dalam suku kedua tahun ini.
-
Siapakah ahli-ahli Selangor Job Skills Council?
Keahlian majlis ini akan melibatkan pihak majikan dalam industri kepentingan yang dikenalpasti, pelatih yang mempunyai kepakaran dalam industri, pengalaman pekerja pakar yang mampu menyumbang dari segi perkembangan kerjaya mengikut sektor, ahli kerajaan bagi membolehkan koordinasi yang lebih efisien, serta mereka yang mempunyai kepakaran mengunjurkan jenis kepakaran yang diperlukan dalam ekonomi masa hadapan, termasuk juga pandangan ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai pengalaman dalam industri profesional yang membangun.