Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
158) BANJIR LIMPAHAN AIR TASIK DI MUKIM TANJUNG 12, KUALA LANGAT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan penguatkuasaan untuk mengatasi isu banjir yang kerap berlaku akibat limpahan air tasik dari kawasan Gamuda Cove yang telah menyebabkan banjir di Selangor Dredging , Taman Topaz , Olak Lempit dan Kawasan Pertanian Agrotek?
Pembangunan saliran Gamuda Cove tidak pernah dirujuk kepada MPSepang. Oleh yang demikian tiada maklumat pelan Saliran Induk Gamuda Cove. Perbincangan dan pelarasan bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan JPS akan dilaksanakan bagi mengawal dan menyelia isu banjir.