Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

156) KUBUR BERTINGKAT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri berhubung kubur bertingkat di Lembah Jaya memandangkan pertambahan penduduk di kawasan ini?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah mengadakan mesyuarat Cadangan Pelaksanaan Kubur Bertingkat Di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas pada 8 Disember 2023. Wakil Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan bahawa satu garis panduan akan dibangunkan oleh pihak JAIS yang dijangka untuk dimuktamadkan pada pertengahan tahun 2024. Pembinaan kubur bertingkat ini adalah selaras dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-92 yang bersidang pada 15 hingga 17 Disember 2010 yang berpendapat bahawa hukum pembinaan kubur bertingkat adalah harus untuk dilaksanakan sekiranya keperluan amat mendesak bagi mengatasi kekurangan tanah perkuburan orang Islam pada hari ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.