Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
153) KILANG TANPA KEBENARAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Perincikan status terkini jumlah permohonan pemutihan kilang tanpa kebenaran yang telah diterima, jumlah permohonan yang masih dalam pemprosesan, jumlah permohonan yang telah berjaya diluluskan dan jumlah permohonan yang ditolak.
Status terkini jumlah permohonan pemutihan kilang tanpa kebenaran yang telah diterima, jumlah permohonan yang masih dalam pemprosesan, jumlah permohonan yang telah berjaya diluluskan dan jumlah permohonan yang ditolak adalah seperti dalam Jadual 1 – Laporan Kemajuan Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor Sehingga 27 Oktober 2023.
-
Apakah KPI permohonan?
Bagi KPI permohonan, kesemua pemohon di bawah KTK telah dikenalpasti melalui bancian di bawah Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) sehingga tahun 2019 layak untuk membuat permohonan sama ada di dalam atau di luar zon.
- Layak membuat permohonan berdasarkan tempoh program yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
-
Apakah "Exit Policy" kerajaan dalam menangani isu ini?
“Exit Policy” Kerajaan dalam menangani isu ini, Kerajaan Negeri telah bersetuju melanjutkan tempoh Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) sehingga 31 Disember 2024 melalui cabutan keputusan MMKN ke-29/2023 yang telah disahkan oleh MMKN ke-30/2023 dengan cadangan dasar baru melibatkan penguatkuasaan di peringkat PDT, PBT dan lain-lain agensi terlibat.