Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

147) SELANGOR BUSINESS CAPITAL

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini Kebenaran Merancang dan berapakah jumlah dana yang telah disediakan oleh PKNS untuk melaksanakan projek Selangor Business Capital di Selangor Cyber Valley, Sepang?

    Selangor Business Capital (SBC) merupakan sebuah pembangunan komersial bersepadu yang memerlukan komitmen kewangan yang tinggi serta pengalaman yang luas di dalam pembangunan seumpamanya dan PKNS akan melaksanakannya secara usahasama.  Justeru, PKNS telah mengambil pendekatan mengenalpasti   dan   selanjutnya telah mengadakan rundingan bersama beberapa pelabur/pemaju swasta berprofil   tinggi   bagi   tujuan mengkaji potensi kerjasama di dalam pembangunan tersebut.

    PKNS   dalam  proses  memperincikan   strategi  pelaksanaan  dan komponen   pembangunan  yang   mana   kos  pembangunan akan dimuktamadkan selepas segala perincian selesai.

Lampiran

Tiada Lampiran.