Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
144) KEROSAKAN JALAN LEMBAH HIJAU (BATU ARANG)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Status kini berkenaan cadangan penaik tarafan Jalan Lembah Hijau.
Pihak JKR Selangor dalam tindakan untuk melantik juruukur tanah dijangka pada Jun 2024 bagi kerja ukur tanah, pengambilan tanah dan pewartaan Jalan Lembah Hijau. Jajaran jalan tersebut akan didaftarkan di bawah sistem MARRIS untuk diselenggara oleh JKR Negeri Selangor kelak.
-
Apakah tindakan kerajaan atas Jalan Lembah Hijau dalam keadaan yang buruk disebabkan kegunaaan kenderaan berat projek ECRL?
Jalan Lembah Hijau adalah diluar bidang kuasa dan kawal selia pihak JKR Selangor.