Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
128) UNISEL SEBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI YANG BERDAYA SAING
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha yang dilakukan oleh pihak UNISEL untuk membuka peluang kepada anak-anak Negeri Selangor dalam kategori B-40 untuk mendapatkan pendidikan di universiti?
Pendemokrasian Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahan yang disediakan. Ini kerana semakin ramai anak muda terhalang untuk mendapat pendidikan kerana dibebani cabaran kewangan terutama dalam kalangan keluarga B-40.
Sebagai permulaan Unisel telah melaksanakan Skim Dermasiswa Yuran Pengajian Percuma Program Asas UNISEL untuk dilaksanakan bermula kemasukan Mei 2016. Skim menjadi paksi bermulanya usaha ke arah merealisasikan pendidikan percuma di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.
Sejumlah 64% pelajar Unisel adalah dari keluarga B-40 dan usaha berterusan telah dilaksanakan oleh Unisel bagi membuka peluang kepada kumpulan ini. Antara strategi berperingkat yang dilaksanakan oleh Unisel bagi membantu golongan ini adalah :
(i) Mei 2016 – Penawaran kali pertama Skim Dermasiswa Yuran Pengajian Percuma Program Asas UNISEL dengan nilai tajaan RM12,000.00 setiap pelajar.
(ii) November 2017 -Skim Dermasiswa Program Asas Percuma (percuma yuran pengajian, yuran asrama dan suit poket RM500 setiap semester) ditawarkan kepada para pelajar baru bagi bagi program kritikal iaitu Teknologi Maklumat dan Sains
(iii) April 2019 – Skim Dermasiswa Yuran Pengajian Percuma bagi Trek Huffaz Program Asas diperkenalkan dengan nilai tajaan RM18,000.00 setiap pelajar.
(iv) Julai 2019 – Biasiswa Bestari bagi Ijazah Sarjana Muda / Diploma khusus untuk pelajar dari Dewan Negeri Permatang dan Ijok. Pelajar menikmati yuran pengajian percuma bagi semester pertama dengan nilai maksimum RM5,000.00.
(v) April 2020 – Biasiswa Anak Borneo bagi Program Asas dimulakan dengan penawaran yuran pengajian percuma bagi sepanjang tempoh pengajian bernilai RM12,000.00.
(vi) Jun 2020 – Biasiswa Bestari khusus untuk pelajar baru bagi 10 Dewan Negeri terpilih. Pelajar menikmati yuran pengajian percuma bagi semester pertama dengan nilai maksimum RM5,000.00.
(vii) Julai 2020 – Biasiswa Bestari Sains Kesihatan bagi Ijazah Sarjana Muda / Diploma ditawarkan kepada pelajar baru Fakulti Sains Kesihatan dari 12 Dewan Negeri terpilih. Pelajar menikmati yuran pengajian percuma bagi semester pertama dengan nilai maksimum RM5,000.00.
(viii) Julai 2020 – Biasiswa Naib Canselor khusus untuk sekolah-sekolah terpilih. Pelajar-pelajar yang terpilih menikmati yuran pengajian percuma bagi semester pertama dengan nilai maksimum RM5,000.00.
(ix) Nov 2022 – Unisel mendapat peruntukan menerusi Bantuan Asas Universiti (BAYU). Sehingga kini sejumlah 2,100 pelajar telah menikmati skim ini.
(x) 2022 – Unisel memperkenalkan skim Selangor Frontliner Apprenticeship Programme SELFA) – Hospital Scholarship Programme (HSP) merupakan inisiatif Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama rakan industri hospital swasta di Malaysia dalam menyediakan program biasiswa penuh kepada pelajar Diploma Kejururawatan sepanjang pengajian mereka. Biasiswa SELFA-HSP juga menawarkan jaminan pekerjaan di hospital terpilih selepas pelajar menamatkan pengajian di Fakulti Sains Kesihatan, UNISEL Shah Alam.
Untuk makluman, sejak 2016 Unisel telah membelanjakan sejumlah RM23 juta bagi pemberian biasiswa peringkat Program Asas kepada 1,700 pelajar. Ini ternyata berjaya mengurangkan beban kewangan pelajar-pelajar ini kerana mereka tidak perlu membayar yuran pengajian di peringkat Program Asas. Syarat yang dikenakan adalah mereka perlu menyambung Ijazah Sarjana Muda di Unisel sehingga selesai pengajian.
Bagi membantu kelangsungan hidup pelajar B-40, Unisel turut membantu kumpulan ini menerusi Yayasan Unisel (YUSEL) dan bantuan Zakat Pusat Islam Unisel. Unit Bantuan Zakat Unisel telah memberi bantuan membayar sebahagian yuran pengajian pelajar. Ringkasan agihan Zakat Unisel adalah seperti berikut :
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh UNISEL untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar dan amalan hijau di dalam kampus?
Sejumlah RMRM249,000.00 pada tahun 2021 dan RM 249,639.08 pada tahun 2022 telah diagihkan kepada pelajar yang diluluskan permohonan bantuan ini.
Mengambilkira hampir 20% pelajar Unisel adalah berbangsa India, Unisel telah menubuhkan Sekretariat Pelajar India Unisel pada tahun 2021. Usaha ini adalah antara inisiatif Unisel dalam membantu kebajikan pelajar berketurunan India terutama yang menghadapi cabaran kewangan. Bilangan pelajar India di Unisel pada masa sekarang adalah seperti di bawah.