Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

123) PENYELENGGARAAN SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN KAMPUNG TRADISI DI KAMPUNG PAYA JARAS, KAMPUNG MERBAU SEMPAK, KAMPUNG KUBU GAJAH, KAMPUNG MELAYU SUNGAI BULOH DAN KAMPUNG MATANG PAGAR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelenggara sistem perparitan di Kampung Tradisi dengan lebih sistematik?

    Soalan a) dan b) adalah dijawab bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat, semakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor mendapati sistem perparitan yang terdapat di kawasan kampung tradisi melibatkan Kampung Paya Jaras, Kampung Merbau Sempak, Kampung Kubu Gajah, Kampung Melayu Sungai Buloh dan Kampung Matang Pagar adalah di bawah bidang kuasa pihak Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). JPS adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara sistem saliran utama termasuk sungai. PDT bertanggungjawab di atas sistem saliran kawasan kampung dan manakala PBT bertanggungjawab terhadap kawasan perumahan terancang.

  2. Untuk tahun 2024, berapakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk penyelenggaraan sistem perparitan di kawasan Kampung Tradisi tersebut?

    Soalan a) dan b) adalah dijawab bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat, semakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor mendapati sistem perparitan yang terdapat di kawasan kampung tradisi melibatkan Kampung Paya Jaras, Kampung Merbau Sempak, Kampung Kubu Gajah, Kampung Melayu Sungai Buloh dan Kampung Matang Pagar adalah di bawah bidang kuasa pihak Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). JPS adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara sistem saliran utama termasuk sungai. PDT bertanggungjawab di atas sistem saliran kawasan kampung dan manakala PBT bertanggungjawab terhadap kawasan perumahan terancang.

Lampiran

Tiada Lampiran.