Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
121) PROJEK KOLAM TADAHAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek kolam tadahan di Bulatan Berkeley?
Projek kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan tebatan banjir serta pembinaan kolam tadahan di kawasan Taman Eng Ann dan Taman Berkeley, Klang Utara, Selangor Darul Ehsan masih di peringkat pembinaan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh Majlis bermula pada 28 November 2022 dan dijangka siap pada 27 Mei 2024. Status terkini projek adalah kemajuan sebenar sebanyak 85% berbanding 80% kemajuan sebenar yang mana pihak kontraktor melebihi 5% daripada jadual perancangan.
-
Berapakah kos dan agensi yang terlibat untuk projek kolam tadahan di Bulatan Berkeley?
Kos keseluruhan projek kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan tebatan banjir serta pembinaan kolam tadahan di kawasan Taman Eng Ann dan Taman Berkeley, Klang Utara, Selangor Darul Ehsan adalah bernilai RM3,027,320.00. Walaubagaimanpun, kos kerja untuk pembinaan kolam tadahan Taman Berkeley adalah RM 888,670.00. Agensi yang terlibat bagi kerja pembinaan kolam tadahan Taman Berkeley adalah Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), agensi pihak utiliti seperti Air Selangor, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Maxis.
-
Siapakah agensi dan kotraktor yang terlibat dalam projek ini?
Antara agensi yang terlibat di dalam projek kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan tebatan banjir serta pembinaan kolam tadahan di kawasan Taman Eng Ann dan Taman Berkeley, Klang Utara, Selangor Darul Ehsan adalah Majlis Bandaraya Diraja Klang (sebagai penyelia projek), Pejabat Daerah dan Tanah Klang (sebagai ketua pembayaran) dan tetuan Harbina Enterprise (sebagai kontraktor utama).