Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
104) LANTIKAN NAZIR SURAU DAN MASJID
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula tatacara pelantikan Nazir Masjid dan Surau supaya kesemua nazir lantikan ini dapat menggamit dan melaksanakan agenda Kerajaan Negeri?
MAIS akan sentiasa mengkaji keperluan dan cabaran semasa bagi mempertingkatkan pengurusan dan pentadbiran masjid, selain usaha untuk menaiktaraf masjid-masjid kariah kepada masjid pengurusan yang ketika ini berjumlah 47 masjid dan akan diperluaskan ke 20 buah masjid kariah yang lain pada tahun 2024 ini.