Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
101) PELUANG PEKERJAAN ANAK MUDA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak muda di Selangor amnya dan DUN Semenyih khasnya?
Pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Modal Insan Negeri Selangor bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak muda secara amnya. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah:
- Melaksanakan Program Selangor Mega Job Fair yang diadakan setiap tahun, Kerajaan Negeri sentiasa memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan di dalam bidang kemahiran termasuk kemahiran TVET selain bidang-bidang lain antaranya bidang perhotelan, makanan dan minuman (F&B), automotif dan sebagainya. Melalui program ini, setiap pemain industri terutama dari bidang kemahiran akan membuka banyak peluang pekerjaan dan menyenaraikan jumlah kekosongan di syarikat masing-masing.
- Program Kemahiran Profesional di STDC Kampus Shah Alam pula telah mengadakan kolaborasi bersama beberapa syarikat dan institusi antarabangsa antaranya Siemens.Inc, Apple.Inc, FESTO, Dassault Systemes dan sebagainya; Program ini menjurus kepada permindahan teknologi dengan memberi fokus kepada industri teknologi digital dan pembuatan termaju melalui pembangunan inkubator industri bagi memacu transformasi Revolusi Industri Keempat (IR4.0) dan pendidikan industri. Melalui program ini, pihak industri akan berkongsi modul program terkini mengikut keperluan pasaran yang tinggi yang boleh diguna pakai di industri utama dalam dan luar negara yang juga memberi peluang pekerjaan di syarikat-syarikat tersebut sekiranya layak dan memberi bantuan penempatan pekerjaan di bidang industri berkaitan setelah tamat pengajian;
- Pembangunan modul program bersama Technical University of Munich (TUM) dan beberapa universiti awam dan swasta di Malaysia; Kerjasama ini dijalinkan untuk menampung keperluan pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus TVET di STDC dengan bertumpu kepada pengkongsian strategik tenaga pakar professional, liputan kepada pelajar dan mewujudkan program-program akademik yang relevan dengan keperluan industri bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan berkelayakan; dan
- Program kerjasama pembangunan modul bersama konsultan dan industri TVET di Negeri Selangor antaranya GE Engineering bagi program aeroangkasa, The Welding Institute (TWI Malaysia) bagi program kimpalan dan Carsome Institute bagi program automotif. Program-program ini membantu pelajar mempelajari secara spesifik keperluan di setiap industri tersebut seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk diserap bekerja dalam syarikat berkenaan sebaik tamatnya latihan yang diikuti.
Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha untuk menambah baik inisiatif sedia ada dengan memantapkan jaringan kerjasama antara penyedia latihan dan pihak industri seperti memastikan peluang penempatan kerjaya graduan selepas mereka tamat pengajian. Melalui kerjasama dan program-program ini juga diharap memudahkan graduan mengenalpasti dapat mengisi kekosongan jawatan di mana-mana sektor awam dan swasta yang diminati dan bersesuaian dengan kemahiran yang diperoleh.