Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

95) PELABURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah asas yang digunakan oleh Dato' Menteri Besar untuk meletakkan sasaran nilai pelaburan berjumlah RM50 bilion untuk Negeri Selangor bagi tahun 2024? Nyatakan sektor-sektor yang akan diberikan tumpuan untuk merealisasikan pelaburan berimpak tinggi dan berteknologi tinggi bagi menjamin pertumbuhan lestari.

    Nilai pelaburan berjumlah RM 50 bilion yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri ditetapkan berdasarkan asas – asas seperti berikut;-

    1. Prestasi pelaburan bagi negara – negara yang sedang membangun yang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
    2. Nilai yang ditetapkan dalam usaha mengekalkan sumbangan sektor perkilangan dan perkhidmatan kepada KDNK Negeri dan Negara.
    3. Prestasi pelaburan Negeri Selangor dalam tempoh 5 tahun yang lepas.

    Industri – industri yang akan diberikan tumpuan untuk merealisasikan pelaburan berimpak tinggi dan berteknologi tinggi bagi menjamin pertumbuhan lestari di Selangor adalah seperti industri Sains Hayat (Life Sciences), Pembuatan Produk Makanan & Minuman (Food & Beverages), Pembuatan Produk Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronic), Kelengkapan Pengangkutan (Transport Equipment) seperti industri Aeroangkasa dan Dron serta Mesin dan Peralatan (Machinery & Equipment).

    Manakala bagi sektor perkhidmatan pula melibatkan industri Perkhidmatan Logistik (Logistic Services) dan Digital Investment seperti Global Business Services (GBS), Data Centre serta Creative Content Technology.

    Sebagai makluman, pada tahun 2023 Kerajaan Negeri mensasarkan jumlah pelaburan di sektor pembuatan dan perkhidmatan sebanyak RM 45 bilion. Rekod yang telah dikeluarkan oleh MIDA bagi kedua – dua sektor ini bagi tempoh Januari hingga September 2023 adalah sebanyak RM 41.56 bilion. Kita yakin, sasaran pelaburan sebanyak RM 45 bilion mampu dicapai untuk tahun 2023. Sehubungan dengan itu, kita mensasarkan jumlah pelaburan bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM 50 bilion.

Lampiran

Tiada Lampiran.