Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

93) BANTUAN ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jenis bantuan dan sokongan yang diberikan kepada Anak Istimewa Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan beberapa bantuan dan sokongan mengikut kepada kategori anak-anak istimewa di Negeri Selangor yang dilaksanakan oleh Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sebagaimana berikut:

  2. Bagaimanakan Kerajaan Negeri melibatkan penglibatan keluarga dan masyarakat secara aktif dalam inisiatif berkaitan Anak istimewa Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor telah menyusun beberapa program untuk memastikan penglibatan keluarga dan masyarakat secara aktif dalam inisiatif berkaitan Anak istimewa Selangor, termasuklah:

    • Kempen kesedaran dan promosi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keperluan dan juga kemudahan golongan OKU melalui media sosial serta program-program kerjasama dengan agensi kerajaan lain.
    • Akademi ANIS memfokuskan penyertaan dalam kalangan ibu bapa dan penjaga anak-anak istimewa menerusi program seminar ibu bapa. Jabatan ANIS bekerjasama dengan pusat-pusat terapi di seluruh Selangor bagi mengadakan program berbentuk seminar atau latihan berkenaan ilmu pengendalian anak-anak Istimewa.
    • Program CIKGU ANIS memfokuskan kepada guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (bermula dari taska hingga sekolah menengah) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Program ini bertujuan untuk memastikan para guru mendapat pengetahuan dan menjalani latihan mengendalikan anak istimewa berdasarkan keperluan semasa.
    • Program pemerkasaan sukarelawan juga dilaksanakan menerusi program Training of Trainers dengan Persatuan Pendidikan Khas Kebangsaan (PPKM) untuk melatih masyarakat agar lebih cakna akan keperluan anak-anak Istimewa.

Lampiran

Tiada Lampiran.