Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

88) JOM SHOPPING PERAYAAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri dapat menurunkan amaun RM200 bagi Jom Shopping Perayaan ke RM150 memandangakan boleh tambah jumlah penerima?

    Sepertimana Yang Berhormat Pandamaran sedia maklum, Program Pemberian Bantuan Baucar Untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan atau lebih dikenali sebagai Jom Shopping Perayaan merupakan program yang dilaksanakan sejak tahun 2012 khusus untuk membantu meringankan bebanan rakyat miskin dalam membuat persiapan menyambut perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

    Sehubungan dengan itu, menerusi perbentangan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2024 oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada 10 November 2023 yang lalu, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meneruskan program ini pada tahun 2024 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM16.48 juta yang disasarkan kepada 82,400 orang penerima manfaat. Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk meneruskan nilai baucar RM200 yang telah mula digunapakai bermula Oktober 2022. Penambahbaikan ini merupakan tanda keprihatinan Kerajaan Negeri yang memahami keperluan rakyatnya susulan situasi keadaan ekonomi terkini yang tidak menentu di mana harga barangan makanan dan keperluan asas meningkat secara mendadak. Kerajaan negeri menyambut baik akan cadangan untuk menurunkan nilai baucar daripada RM200 kepada RM150.  Namun begitu, nilai baucar RM200 yang digunapakai buat masa kini merupakan nilai yang munasabah untuk seisi keluarga yang kurang berkemampuan untuk membuat persiapan menyambut perayaan kerana ianya releven dengan situasi ekonomi hari ini.

    Kerajaan Negeri memahami dengan menurunkan nilai baucar akan dapat menambah lagi jumlah menerima manfaat. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan mengkaji semula keperluan untuk mengurangkan nilai baucar daripada RM200 kepada RM150 kerana ada beberapa faktor perlu diambil kira terlebih dahulu termasuklah respon daripada rakyat yang telah sedia maklum akan kenaikan nilai baucar.

  2. Nyatakan kekangan kerajaan jika tidak berhasrat untuk menurunkan.

    1. Sepertimana Yang Berhormat Pandamaran sedia maklum, Program Pemberian Bantuan Baucar Untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan atau lebih dikenali sebagai Jom Shopping Perayaan merupakan program yang dilaksanakan sejak tahun 2012 khusus untuk membantu meringankan bebanan rakyat miskin dalam membuat persiapan menyambut perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

     

    Sehubungan dengan itu, menerusi perbentangan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2024 oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada 10 November 2023 yang lalu, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meneruskan program ini pada tahun 2024 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM16.48 juta yang disasarkan kepada 82,400 orang penerima manfaat. Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk meneruskan nilai baucar RM200 yang telah mula digunapakai bermula Oktober 2022. Penambahbaikan ini merupakan tanda keprihatinan Kerajaan Negeri yang memahami keperluan rakyatnya susulan situasi keadaan ekonomi terkini yang tidak menentu di mana harga barangan makanan dan keperluan asas meningkat secara mendadak. Kerajaan negeri menyambut baik akan cadangan untuk menurunkan nilai baucar daripada RM200 kepada RM150.  Namun begitu, nilai baucar RM200 yang digunapakai buat masa kini merupakan nilai yang munasabah untuk seisi keluarga yang kurang berkemampuan untuk membuat persiapan menyambut perayaan kerana ianya releven dengan situasi ekonomi hari ini.

     

    Kerajaan Negeri memahami dengan menurunkan nilai baucar akan dapat menambah lagi jumlah menerima manfaat. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan mengkaji semula keperluan untuk mengurangkan nilai baucar daripada RM200 kepada RM150 kerana ada beberapa faktor perlu diambil kira terlebih dahulu termasuklah respon daripada rakyat yang telah sedia maklum akan kenaikan nilai baucar.

Lampiran

Tiada Lampiran.