Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

66) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan rumah selangorku yang telah dibina antara tahun 2018 hingga 2023.

    Dasar Rumah Selangorku telah mula diperkenalkan dari tahun 2014 dengan tujuan untuk menyediakan akses dan kepelbagaian penyediaan Rumah Mampu Milik (RMM) yang lebih selesa dan kondusif kepada pemohon berkelayakan. Untuk tempoh 2018 sehingga 31 Disember 2023, terdapat 95 projek dengan 30,327 unit Rumah Selangorku telah siap dibina dan diserahkan kunci kepada pembeli.

  2. Perincikan statistik permohonan rumah selangorku yang telah diterima, jumlah permohonan yang telah diluluskan dan jumlah permohonan yang ditolak.

    Untuk makluman Yang Berhormat, statistik permohonan Rumah Selangorku yang telah diterima, jumlah permohonan yang telah diluluskan dan jumlah permohonan yang ditolak adalah seperti berikut :

  3. Apakah perancangan kerajaan dalam menambahbaikkan pemprosesan permohonan dan penambahan pembinaan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, melalui insentif galakan pembinaan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman MBI) Pasca Covid-19 telah membenarkan pemaju meminda syarat daripada Rumah Selangorku Jenis A, Jenis B, Jenis C dan Jenis D kepada satu jenis sahaja iaitu Rumah Selangorku Jenis E (Khas) atau dikenali sebagai Rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman MBI. Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah mempercepatkan proses permohonan penawaran nama Rumah Selangorku Jenis D, E dan E Khas (Rumah Idaman MBI dan Rumah Harapan) ini seperti berikut :

    1. Pengagihan Kuota dimana LPHS sebanyak 50% dan 50% lagi kepada Pemaju ;
    2. Tawaran Khas kepada Pembeli Rumah Kedua untuk Rumah Selangorku Jenis D, E dan E Khas dibawah Kuota Pemaju (50%). Manakala kuota LPHS (50%) berdasarkan merit pemohon iaitu pemohon dan pasangan tiada pemilikan rumah di Selangor seperti berikut :
    3. Proses penawaran nama pemohon RSKU yang diurusetiakan oleh LPHS melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pemohon Rumah Selangorku akan bersidang 2 kali sebulan (20 kali setahun) ;
    4. Syarat permohonan Rumah Selangoku telah ditingkatkan pendapatan isi rumah bermula dari RM3500.00 sehingga RM14,500.00 bagi kategori jenis A, B, C, D dan E Khas.Senarai pemohon yang berjaya dipilih (pra-tawar) daripada Sistem Pendaftaran Hartanah Negeri Selangor (SPHNS) akan menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada LPHS selepas 14 hari daripada tarikh mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama ; dan

Lampiran

Tiada Lampiran.