Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
65) GARIS PANDUAN PEMUTIHAN SEKOLAH AGAMA PERSENDIRIAN (SAP) YANG TERKINI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini garis panduan pemutihan SAP yang dicadang untuk dipinda?
Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) sedang meneliti semula dan memperhalusi di peringkat akhir kertas Cadangan Awal Pemutihan Tahfiz 2.0 sebelum dibawa ke MTES dan MMKN.
-
Jika sudah dimurnikan, apakah pindaan yang telah dibuat bagi memudahkan urusan pendaftaran SAP?
Cadangan penambahan kepada perkara berikut:.
- Memberi Kebenaran Merancang Tempoh Terhad (KMTT) kepada Institusi dengan syarat minima.
- KMTT selama 3 tahun diberi untuk pihak sekolah boleh menentukan sama ada layak terus operasi atau mencari tempat lain yang sesuai atau henti operasi.
- KMTT dihadkan kepada 3 tahun yang berakhir tahun 2026
- Fee Submission dikecualikan. Pemulangan bayaran boleh diberi kepada mana- mana Institusi yang telah membayar.